Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Khamis, 31 Mac 2011

Makhluk yg setia kepada pasangan

 Menurut kajian yang dilakukan ke ats burung ini,menunjukkan dalam jangka hayat burung male ianya hanya akan berpasangan dengan seekor burung female sahaja..
The moral value: "wah setianya haiwan ini", kenapa manusia tidak bersifat seperti burung engan..jika dilihat di dada-dada akhbar byk berlaku kes kecurangan suami isteri terutamanya,,,,hal boyfriends and girlfriend  tak akan nak msuk surat khabat kot. Nak sentuh pasal psangan yg bercinta plak,,knp byk yg x setia,,,???? sbb suka, sbb nafsu, byk lgilah.Kekadang aku terfikir wah!! Allah dah tunjukkan sifat manusia tu ada kat binatang. dengan jelas lagi tersuluh terang benderang lagi,,,apa pun kembali kepada agama,,itu sahaja info sy pada hari ini...



Nak jadi mcm burung engan jugalah hehehhe

Khamis, 10 Mac 2011

JIKA SEORANG KANAK-KANAK..............


Jika seorang kanak-kanak sentiasa dikecam,
Ia akan menjadi seorang yang suka mengacau.

Jika seorang kanak-kanak sentiasa diseterui,
Ia akan menjadi seorang yang suka berkelahi.

 Jika seorang kanak-kanak sentiasa dihina,
Ia akan menjadi seorang pemalu.

Jika seorang kanak-kanak sentaisa diberi malu,
Ia akan menjadi seorang yang sentiasa rasa bersalah.

Jika seorang kanak-kanak sentiasa ditabahi,
Ia akan menjadi seorang yang penyabar.

Jika kanak sentiasa menerima galakan,
Ia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri.

Jika kanak-kanak ditaburi dengan puji-pujian,
Ia akan menjadi seorang yang tahu menghargai.

Jika kanak-kanak dilayan denga saksama,
Ia akan menjadi seorang yang bersikap adil.

Jika seorang kanak-kanak sentiasa mendapat diperlindungi,
Ia akan menjadi seorang  yang mempunyai kepercayaan diri.



Rabu, 9 Mac 2011

Charles Darwin


Charles Robert Darwin (12 februari 1809-april 1882) adalah seorang naturalis british yang memulakan  teori evolusi berdasarkan pemilihan semula jadi. Cerapan-cerapan biologi selama lima tahun (27 Disember 1831-2 Oktober 1836) di atas kapal HMS Beagle menyebabkannya menyelidiki transmutasi spesiesdan mengembangkan teori pemilihan semula jadi pada tahun 1838. Bukunya bertajuk "Mengenai Asal Spesies Melalui Pemilihan Semula Jadi" yang diterbitkan pada tahun 1859 mengasaskan evolusi melalui keturunan yang sama sebagai teori pempelbagaian di alam semula jadi yang paling berpengaruh. Separuh pelayarannya di habiskan untuk mengkaji mutasi di sebuah pulau yang terpencil yang dikenali sebagai GALAPAGOS yang terletak di EDUADOR iaitu di tengah lautan pasifik.


Gambar serba sedikit tentang pulau galapagos...
Di Bahia Blanca,Darwin mengambil langkah yang pertama dalam teori evolusinya .Beliau telah menjumpai banyak rangka-rangka haiwan yang melekat pada batu,termasuk juga fosil Megatherium.Kemana sahaja dia pergi sentiasa memerhatikan jasad hidupan disekelilingnya dengan teliti.Di samping itu beliau mengumpulkan spesimen-spesimen yang kecil dan senang disimpan.Dari Amerika Selatan beliau belayar keutara ,Pulau Galapagos.Beliau dapat melihat adanya persamaan antara burung-burung di Pulau Galapagos dengan burung-burung di Amerika Selatan yang jaraknya kurang lebih 600 batu.Ketika beliau kembali ke England pada tahun 1837,banyaklah masalah yang menjadi persoalan dan memulakan dengan penyelidikkan dan tulisan –tulisannya secara senyap.(kerana pada tahap ini semua bentuk artikel mestilah mendapat  kelulusan dari gereja katolik)

 
Burung ren adalah jenis burung passerine dalam keluarga burung Dunia Baru jenis Troglodytidae. Terdapat 80 spesis ren sebenar dalam lebih kurang 20 genus.Apa yang di kaji oleh Darwin tentang burung ini ialah fizikal burung ini adalah sama dengan spesis yang terdapat di benua Amerika,apa yang paling menrik tentang burung ini ialah cara penyesuaiannya mengikut musim, dari pemerhatian tersebut paruh burung ni akan menjadi tebal dan paruh semakin pendek pada musim sejuk,serta kelaianan bulunya pada musim sejuk,(begitu teliti permerhatian beliau.)
TEORI EVOLUSI
  Teori evolusi dalam Sains Moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada binatang ,khususnya dari binatang yang berupa mawas manusia.Darwin dalam bukunya bertajuk "The Origin Of species"(Asal-Usul Jenis-Jenis Haiwan ).Beliau mengutarakan satu saranan bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud hasil daripada proses evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang.Teori beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang simpel berevolusi untuk menjadi bentuk yang kompleks.Beliau merumuskan pengalaman-pengalamannya bahawa semua jenis binatang berasal dari ameba,sejenis haiwan yang mempunyai satu sel.Bermakna beliau percaya bahawapada mulanya Pencipta mencipta satu atau beberapa bentuk organisma yang simpel.Dengan proses pertarungan tabii,organisma yang kompleks telah dihasilkan ,yang penting disini ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau spesis-spesis yang kompleks berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu spesis yang simpel. Darwin sendiri sedar bahawa rekod-rekod fosil tidak menyokong lamunannya tetapi menyimpan harapan bahawa penyelidikkan seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut.
Hipotesis evolusi menyarankan bahawa semua yang sedang atau telah hidup berasal daripada organisma yang lebih rendah atau kurang sempurna melalui proses turunan disertai dengan perubahan.Bukti-bukti yang diutarakan oleh Darwin adalah seperti berikut menurut keutamaannya.

Bukti-Bukti Utama ialah :
  1. Di antara individu-individu kebanyakkan spesis,terdapat berbagai variasi dan perubahan .Variasi ini sangat jelas di kalangan haiwan ternak dan tumbuhan pertanian.
  2. Dalam perjuangan hidup ,organisma (haiwan atau tumbuhan) yang akan terus hidup ialah yang paling mampu untuk mempertahankan diri atau menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan suasana sekitarnya.Organisma-organisma yang terbaik itu akan memindahkan baka-bakanya kepada keturunannya secara proses seleksi tabii.
  3. Mutasi dan pemencilan memain peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu spesis yang baru.
  4. Rekod-rekod fosil dari zaman purba yang dijumpai di lapisan geologi telah memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku. 
                      
Pasal teori darwin yang mengatakan manusia berasal dari beruk tu,memang aku x sokong sebab jauh tersasar dari apa yang dikata di dalam al-Quran,sekali tgk Darwin pun dah rupa bende tu patut la dia suka bt teori gitu kot,,