Charles Robert Darwin (12 februari 1809-april 1882)
adalah seorang naturalis british yang memulakan teori evolusi berdasarkan pemilihan
semula jadi. Cerapan-cerapan biologi selama lima tahun (27 Disember 1831-2 Oktober 1836)
di atas kapal HMS Beagle menyebabkannya menyelidiki transmutasi
spesiesdan mengembangkan teori pemilihan semula jadi pada tahun 1838.
Bukunya bertajuk "Mengenai Asal Spesies Melalui Pemilihan Semula
Jadi" yang diterbitkan pada tahun 1859 mengasaskan evolusi melalui keturunan yang sama sebagai
teori pempelbagaian di alam semula jadi yang paling berpengaruh. Separuh
pelayarannya di habiskan untuk mengkaji mutasi di sebuah pulau yang terpencil
yang dikenali sebagai GALAPAGOS yang terletak di EDUADOR iaitu di tengah lautan
pasifik.
Gambar serba sedikit
tentang pulau galapagos...
Di
Bahia Blanca,Darwin mengambil langkah yang pertama dalam teori evolusinya
.Beliau telah menjumpai banyak rangka-rangka haiwan yang melekat pada
batu,termasuk juga fosil Megatherium.Kemana sahaja dia pergi sentiasa
memerhatikan jasad hidupan disekelilingnya dengan teliti.Di samping itu beliau
mengumpulkan spesimen-spesimen yang kecil dan senang disimpan.Dari Amerika
Selatan beliau belayar keutara ,Pulau Galapagos.Beliau dapat melihat adanya
persamaan antara burung-burung di Pulau Galapagos dengan burung-burung di
Amerika Selatan yang jaraknya kurang lebih 600 batu.Ketika beliau kembali ke England
pada tahun 1837,banyaklah masalah yang menjadi persoalan dan memulakan dengan
penyelidikkan dan tulisan –tulisannya secara senyap.(kerana pada tahap ini
semua bentuk artikel mestilah mendapat
kelulusan dari gereja katolik)
Burung ren adalah jenis burung passerine dalam
keluarga burung Dunia Baru jenis Troglodytidae. Terdapat 80 spesis ren sebenar dalam
lebih kurang 20 genus.Apa yang di kaji oleh Darwin tentang burung ini
ialah fizikal burung ini adalah sama dengan spesis yang terdapat di benua
Amerika,apa yang paling menrik tentang burung ini ialah cara penyesuaiannya
mengikut musim, dari pemerhatian tersebut paruh burung ni akan menjadi tebal
dan paruh semakin pendek pada musim sejuk,serta kelaianan bulunya pada musim
sejuk,(begitu teliti permerhatian beliau.)
TEORI
EVOLUSI
Teori evolusi dalam Sains
Moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada
binatang ,khususnya dari binatang yang berupa mawas manusia.Darwin dalam
bukunya bertajuk "The Origin Of species"(Asal-Usul Jenis-Jenis Haiwan
).Beliau mengutarakan satu saranan bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud
hasil daripada proses evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang.Teori
beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang simpel
berevolusi untuk menjadi bentuk yang kompleks.Beliau merumuskan
pengalaman-pengalamannya bahawa semua jenis binatang berasal dari ameba,sejenis
haiwan yang mempunyai satu sel.Bermakna beliau percaya bahawapada mulanya
Pencipta mencipta satu atau beberapa bentuk organisma yang simpel.Dengan proses
pertarungan tabii,organisma yang kompleks telah dihasilkan ,yang penting disini
ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau spesis-spesis yang kompleks
berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu spesis yang simpel. Darwin sendiri
sedar bahawa rekod-rekod fosil tidak menyokong lamunannya tetapi menyimpan
harapan bahawa penyelidikkan seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut.
Hipotesis evolusi menyarankan
bahawa semua yang sedang atau telah hidup berasal daripada organisma yang lebih
rendah atau kurang sempurna melalui proses turunan disertai dengan
perubahan.Bukti-bukti yang diutarakan oleh Darwin adalah seperti berikut
menurut keutamaannya.
Bukti-Bukti Utama ialah :
- Di antara individu-individu kebanyakkan spesis,terdapat berbagai variasi dan perubahan .Variasi ini sangat jelas di kalangan haiwan ternak dan tumbuhan pertanian.
- Dalam perjuangan hidup ,organisma (haiwan atau tumbuhan) yang akan terus hidup ialah yang paling mampu untuk mempertahankan diri atau menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan suasana sekitarnya.Organisma-organisma yang terbaik itu akan memindahkan baka-bakanya kepada keturunannya secara proses seleksi tabii.
- Mutasi dan pemencilan memain peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu spesis yang baru.
- Rekod-rekod fosil dari zaman purba yang dijumpai di lapisan geologi telah memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku.
Pasal teori darwin yang
mengatakan manusia berasal dari beruk tu,memang aku x sokong sebab jauh
tersasar dari apa yang dikata di dalam al-Quran,sekali tgk Darwin pun dah rupa
bende tu patut la dia suka bt teori gitu kot,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan